Monday, January 31, 2011

30/01/2011 (AHAD) HARI PEMBUANGAN UNDI BAGI ADUN TENANG LABIS SEGAMAT

Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang.
Pengundi Melayu mewakili 47.5 % Cina 39 %, India 12 % dan lain-lain 1.3 %.
Jurucakap SPR berkata kotak undi akan dibawa ke pusat penjumlahan di dewan serbaguna Majlis Daerah Labis.Keputusannya dijangka diumumkan jam 8 malam
Pilihan raya kecil DUN Tenang menyaksikan pertandingan antara calon BN, Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS, Normala Sudirman.

Sehingga jam 4 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 68.68% atau 10,133, Bot dan trak lima tan milik tentera dan bomba digunakan untuk membawa pengundi kerana banjir.
Laluan dari Labis ke kg Paya Merah terputus apabila paras air naik sehingga 1 meter.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu pemanjangan masa mengundi “tidak boleh berlaku mengikut undang-undang” seperti mana yang dikabarkan.
Jalan kecil antara jalan utama dan SMK Kamarul Ariffin dinaiki air sehingga paras paha, menyebabkan kenderaan ringan tidak dapat memasuki.Bagaimanapun, terdapat beberapa pacuan roda dan lori yang berjaya mengangkut pengundi masuk dan keluar pusat pengundian.
Banjir yang melanda Jalan Segamat, laluan utama menghubungkan Labis dan Tenang Station, bertambah teruk.
Di pusat pengundian di SMK Tenang Stesen, pengundi terpaksa mengharung jalan yang dinaiki air sebelum melalui jalan menuju ke pusat tersebut untuk mengundi.
Ekoran hujan lebat, beberapa kawasan di sekitar dewan pelbagai-guna Kampung Paya Merah dinaiki air. Sepanjang 50 meter Jalan Segamat ditenggelami air sedalam setengah kaki.
Di semua pusat pengundian , proses pengundian berjalan tenang tanpa sebarang kekecohan.
SPR mula melarang payung yang ada logo BN dibawa ke tempat membuang undi.

No comments: